Penjelasan Tentang Zikir Munajat

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

[Read the rest of this entry...]

Leave a Comment

ESQ – Suatu Perbincangan

Sejak SS Mufti WP mengeluarkan fatwa tentang ESQ, banyak timbul persoalan dikalangan masyarakat, untuk membincangkan isu ini, beberapa orang sahabat yang pernah terlibat telah tampil membuat ulasan, untuk memudahkan para pembaca sila ke FB: Dr Abu Anas Madani atau Abdul Basit Abdul Rahman

[Read the rest of this entry...]

Leave a Comment

Peringatan buat penyebar fitnah

Peringatan buat penyebar fitnah:
“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS?” Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication (komunikasi dua hala) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab “MUFLIS dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w. menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang dimaksudkan. Baginda bersabda: “Orang yang MUFLIS dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan, diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!” (Riwayat daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim, bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581). Sila Ke ruang kuliah, atau terus ke: http://vimeo.com/13021565

Leave a Comment

Diskusi Kitab Bidayah As-Sul - 41 Kelebihan Nabi

Insya’Allah, Abu Anas ke Johor Baru, Lihat: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5698:dr-abd-basit-di-jb-keistimewaan-rasullullah-kupasan-bidayah-al-suul&catid=54:aktiviti-dakwah-dan-ilmu

Leave a Comment

Perbincangan Kelebihan Bulan RAJAB.

Perbincangan Kelebihan Bulan RAJAB.
Untuk mengetahui tentang kelebihan salah satu dari BULAN HARAM ini, kita baca & dengar ulasan dari pelbagai pihak, semoga mendapat manfaat dari perbincangan ini.
Ulasan Ust Dr. Zahazan Mohamed;
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5651:ustaz-zahazan-rejab-walaupun-hadisnya-dhaif-tapi-janganlah-kita-melarang-orang-nak-beramal&catid=69:artikel

Ulasan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan lain; http://lobaitampin.blogspot.com/2010/06/bekalan-menempuh-bulan-rejab.html
http://lobaitampin.blogspot.com/2010/06/video-yang-menarik.html

Leave a Comment

Tazkirah Majlis Perkahwinan

Musim Perkahwinan – Walimatul ‘Urus 2010.

Bulan Jun atau musim cuti sekolah, banyak sekali kad jemputan walimah yang diterima. Ramai pemuda-pemudi Islam bersatu dalam ikatan yang halal, alhamdulillah. Namun apa yang menyedihkan ialah banyak juga adab-adab Islam tidak dijaga dalam majlis yang murni itu. Sebagai ingatan / tazkirah daripada kami, sila ke: audio dan dapatkan pamplet adab perkahwinan untuk disebarkan di: pamplet

. Video Tazkirah di sini:
http://www.mediafire.com/?jnzbjzznhnv

Leave a Comment

  • Video Abu Anas Madani

  • Jumlah Pengunjung

    Pleural Mesothelioma
    Telah mengunjungi laman ini.
  • Jaringan

  • RSS Aktiviti @ Abu Anas Madani

  • Iklan Dar Taibah

    Madinah Munawwarrah: Kelebihan dan Sejarah

    Buku ini membicarakan kelebihan Madinah, adab-adab ziarah, sejarah Masjid Nabawi, Raudhah, Mimbar, Perkuburan Baqi’, masjid-masjid dan telaga-telaga bersejarah di Madinah serta sejarah peperangan yang berlaku di Madinah pada zaman Nabi. Pada halaman-halaman terakhir pula di jelaskan tentang kelebihan tamar Madinah. Buku ini perlu dibaca oleh setiap individu yang ingin mengenali Bandar Rasulullah SAW khususnya pengunjung-pengunjung kota suci Madinah Munawwarah.

    Perisai Muslim. Bacaan Doa & Zikir Dari Al-Quran dan Hadis (Tulisan Jawi)

    Buku ini menghimpunkan doa-doa dan bacaan zikir yang diambil berdasarkan Al-Quran & Hadis. Turut dilengkapi dengan nota kaki dan rujukan untuk memudahkan pembaca merujuk kitab hadis sebagai pedoman.

    Ilmu Sorof (Kaedah Tapak Tangan)

    Buku Ilmu Sorof - Morfologi Bahasa Arab- yang ditulis oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman - rahimahulLah- .

    Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah.

    Buku ini membincangkan tentang Tanah Haram Makkah, sempadan, kelebihan dan beberapa hukum yang berhubung dengan Tanah Haram. Begitu juga buku ini menceritakan tentang Ka’bah dan sejarahnya, Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, Masjidil Haram dan sejarah pembinaanya, Al-Masya‘ir (tempat-tempat ibadat haji; Arafah, Muzdalifah dan Mina) dan perkara-perkara yang ada kaitan dengannya. Kemudian disebut masjid-masjid bersejarah diikuti dengan beberapa tempat bersejarah yang lain.

    Zikir Waktu Pagi dan Petang (al-Ma'thurat) beserta Zikir Selepas Solat Lima Waktu.

    Bacaan-bacaan zikir ini dikumpul dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Buku ini berukuran kecil (bersaiz poket), ringan dan mudah untuk dibawa bersama.

    Islam Agama Sempurna

    Buku ini menceritakan tentang kesempurnaan Islam dalam semua sudut; aqidah, ibadah, muamalat, perundangan dll. Sesuai untuk dijadikan bahan tazkirah. Asal buku ini ialah ceramah yang disampaikan di Masjid Nabi SAW oleh Sheikh Mohd Al-Amin Al-Syanqiti kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Madinah.

  • Buku Terbaru Diterbitkan

  • Pentadbiran Blog

  • test