Perbezaan Waktu Solat Di Malaysia Mengikut Kiraan ISNA.

Terdapat perbezaan yang ketara dan begitu jauh antara waktu kiraan ISNA dan waktu kiraan falak Malaysia. Iaitu Waktu subuh masuk 16minit lebih lewat, manakala isya’ lebih awal 10minit.
Di bawah ini penjelasan yang dibuat oleh ahli falak UniSZA tentang perbezaan tersebut. Semoga dapat dikongsi untuk perbahasan ilmiah bagi menghilangkan kekeliruan (tasywish) kepada masyarakat.
1. Kiraan waktu solat di Msia berdasarkan sudut ketinggian matahari dari aras ufuk.
2. Untuk isyak dan subuh, sudut ketinggian matahari di khatulistiwa adalah 18 darjah di bawah ufuk (-18) bagi nilai standard munculnya syafak dan fajar sadiq. Ini menjadikan isyak dan subuh kira-kira 75 minit selepas ghurub/sebelum syuruq.
3. Bagi latitud lebih tinggi (semakin jauh dari khatulistiwa hingga
sekitar 55 darjah Utara/Selatan), sudut ini semakin besar, lebih 18 darjah di bawah ufuk (lebih 75 minit hingga 125 minit). Contoh: Mesir 17.5 dan 19.5, Karachi 18/18, Liga Muslim 17/18, ISNA 15/15.
4. Latitud lebih 55 darjah pula, sudut ini semakin mengecil pula. ISNA menggunakan sudut 15 darjah di bawah ufuk, menjadikan subuh dan isyak kira-kira 60 minit sahaja, atau lebih awal pada sesetengah musim.
5. Penggunaan sudut 15 darjah adalah sesuai bagi negeri-negeri di latitude tinggi. Bagi Malaysia sekitar khatulistiwa, sudut 18 dan 19 darjah digunakan untuk hitungan. Penggunaan 15 darjah untuk negeri-negeri di hampir khatulistiwa adalah kaedah yang salah.
6. Mengambil kira beza ufuk hakiki dengan ufuk mar-i dan saiz bulatan matahari, maka sudut yang diterima pakai di Malaysia adalah 18 darjah di bawah ufuk bagi Isyak, dan 20 darjah di bawah ufuk bagi waktu subuh.
7. Mengambil kira sistem zon, perkongsian satu waktu solat bagi satu atau lebih bilangan daerah, waktu solat paling lewat dalam zon tersebut (titik paling barat) digunakan sebagai waktu rasmi zon tersebut. WalLahu-a’alam.
[Credit to: Akhi Abu Hannan & Ust Taufan UniSZA]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *