Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang”.
Doa memohon agar ditetapkan iman (di akhir solat dll)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”
Doa memohon agar terus beristiqamah
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.
Doa Mohon Tetapkan Pendirian
اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur).
[www.abuanasmadani.com]
Makkah, 18 Zulhijjah 1430H


Tesis PhD: فقه أبي سعيد الإصطخري الشافعي
Tesis Master: تحقيق جزء من كتاب: "المطلب العالي في شرح وسيط الغزالي" لابن الرفعة
MyPerisai adalah aplikasi yang dibangunkan untuk rujukan masyarakat bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta daripada bahaya-bahaya jenayah seperti jenayah kecurian, ragut, rompak, rogol, bunuh dan sihir yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Panduan adalah menurut rujukan utama umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dapatkanlah aplikasi ini untuk panduan keselamatan anda.