Archive for September, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Eidil Fitri untuk semua sahabat, khasnya pengunjung laman ini, semoga semua amalan baik yang dilakukan diqabul oleh Allah SWT. Mohon maaf di atas semua silap dan salah samada yang diketahui atau tanpa disedari.
وكل عام وأنتم بخير
Di bawah ini perbincangan mengenai Puasa Enam Syawal, semoga ianya bermanfaat untuk para pembaca;
http://www.abuanasmadani.com/?p=182#more-182
http://www.abuanasmadani.com/?p=175
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm&arc=hive

Leave a Comment

Tarikh Nuzul Al-Quran

PERBINCANGAN TARIKH NUZUL AL-QUR’AN
Ulama’ berselisih pendapat berhubung bilakah al-Qur’an diturunkan.
Pendapat yang agak masyhur mengemukakan 17 Ramadhan sebagai tarikh nuzul Al-Qur’an.  Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah.

Leave a Comment

Buku Terjemahan Abu Anas

Buku-buku Terjemahan Abu Anas & Sahabat di Lajnah Taibah; http://www.islamhouse.com/pg/9263/all/1

Leave a Comment

  • Video Abu Anas Madani

  • Jumlah Pengunjung

    Pleural Mesothelioma
    Telah mengunjungi laman ini.
  • Jaringan

  • RSS Aktiviti @ Abu Anas Madani

  • Iklan Dar Taibah

    Madinah Munawwarrah: Kelebihan dan Sejarah

    Buku ini membicarakan kelebihan Madinah, adab-adab ziarah, sejarah Masjid Nabawi, Raudhah, Mimbar, Perkuburan Baqi’, masjid-masjid dan telaga-telaga bersejarah di Madinah serta sejarah peperangan yang berlaku di Madinah pada zaman Nabi. Pada halaman-halaman terakhir pula di jelaskan tentang kelebihan tamar Madinah. Buku ini perlu dibaca oleh setiap individu yang ingin mengenali Bandar Rasulullah SAW khususnya pengunjung-pengunjung kota suci Madinah Munawwarah.

    Perisai Muslim. Bacaan Doa & Zikir Dari Al-Quran dan Hadis (Tulisan Jawi)

    Buku ini menghimpunkan doa-doa dan bacaan zikir yang diambil berdasarkan Al-Quran & Hadis. Turut dilengkapi dengan nota kaki dan rujukan untuk memudahkan pembaca merujuk kitab hadis sebagai pedoman.

    Ilmu Sorof (Kaedah Tapak Tangan)

    Buku Ilmu Sorof - Morfologi Bahasa Arab- yang ditulis oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman - rahimahulLah- .

    Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah.

    Buku ini membincangkan tentang Tanah Haram Makkah, sempadan, kelebihan dan beberapa hukum yang berhubung dengan Tanah Haram. Begitu juga buku ini menceritakan tentang Ka’bah dan sejarahnya, Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, Masjidil Haram dan sejarah pembinaanya, Al-Masya‘ir (tempat-tempat ibadat haji; Arafah, Muzdalifah dan Mina) dan perkara-perkara yang ada kaitan dengannya. Kemudian disebut masjid-masjid bersejarah diikuti dengan beberapa tempat bersejarah yang lain.

    Zikir Waktu Pagi dan Petang (al-Ma'thurat) beserta Zikir Selepas Solat Lima Waktu.

    Bacaan-bacaan zikir ini dikumpul dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Buku ini berukuran kecil (bersaiz poket), ringan dan mudah untuk dibawa bersama.

    Islam Agama Sempurna

    Buku ini menceritakan tentang kesempurnaan Islam dalam semua sudut; aqidah, ibadah, muamalat, perundangan dll. Sesuai untuk dijadikan bahan tazkirah. Asal buku ini ialah ceramah yang disampaikan di Masjid Nabi SAW oleh Sheikh Mohd Al-Amin Al-Syanqiti kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Madinah.

  • Buku Terbaru Diterbitkan

  • Pentadbiran Blog