http://www.youtube.com/watch?v=v8s-4ZZIDL4&feature=related
Leave a Comment
Madinah Munawwarrah: Kelebihan dan Sejarah
Buku ini membicarakan kelebihan Madinah, adab-adab ziarah, sejarah Masjid Nabawi, Raudhah, Mimbar, Perkuburan Baqi’, masjid-masjid dan telaga-telaga bersejarah di Madinah serta sejarah peperangan yang berlaku di Madinah pada zaman Nabi. Pada halaman-halaman terakhir pula di jelaskan tentang kelebihan tamar Madinah. Buku ini perlu dibaca oleh setiap individu yang ingin mengenali Bandar Rasulullah SAW khususnya pengunjung-pengunjung kota suci Madinah Munawwarah.
Perisai Muslim. Bacaan Doa & Zikir Dari Al-Quran dan Hadis (Tulisan Jawi)
Buku ini menghimpunkan doa-doa dan bacaan zikir yang diambil berdasarkan Al-Quran & Hadis. Turut dilengkapi dengan nota kaki dan rujukan untuk memudahkan pembaca merujuk kitab hadis sebagai pedoman.
Ilmu Sorof (Kaedah Tapak Tangan)
Buku Ilmu Sorof - Morfologi Bahasa Arab- yang ditulis oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman - rahimahulLah- .
Buku ini membincangkan tentang Tanah Haram Makkah, sempadan, kelebihan dan beberapa hukum yang berhubung dengan Tanah Haram. Begitu juga buku ini menceritakan tentang Ka’bah dan sejarahnya, Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, Masjidil Haram dan sejarah pembinaanya, Al-Masya‘ir (tempat-tempat ibadat haji; Arafah, Muzdalifah dan Mina) dan perkara-perkara yang ada kaitan dengannya. Kemudian disebut masjid-masjid bersejarah diikuti dengan beberapa tempat bersejarah yang lain.
Zikir Waktu Pagi dan Petang (al-Ma'thurat) beserta Zikir Selepas Solat Lima Waktu.
Bacaan-bacaan zikir ini dikumpul dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Buku ini berukuran kecil (bersaiz poket), ringan dan mudah untuk dibawa bersama.
Islam Agama Sempurna
Buku ini menceritakan tentang kesempurnaan Islam dalam semua sudut; aqidah, ibadah, muamalat, perundangan dll. Sesuai untuk dijadikan bahan tazkirah. Asal buku ini ialah ceramah yang disampaikan di Masjid Nabi SAW oleh Sheikh Mohd Al-Amin Al-Syanqiti kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Madinah.
Log Masuk
Pentadbiran Tapak Web
Kemaskini Kalendar Aktiviti
Wordpress.com