TERBARU
Home / Artikel - Makalah / 2 Risalah: Hukum Menggunakan Emas & Perak dan Jual Beli Emas Secara Ansuran.

2 Risalah: Hukum Menggunakan Emas & Perak dan Jual Beli Emas Secara Ansuran.

Alhamdulillah, kesedaran umat Islam di negara kita hari ini tentang halal haram dalam kehidupan semakin meningkat. Tetapi tanpa ilmu yang cukup tiada faedahnya.

Kefahaman masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan, jual-beli dan perbankan masih di tahap yang amat lemah.

Terutamanya berkenaan Riba yang merupakan ‘ibu dosa’ dalam semua urusan ini dan yang berkaitan dengannya.

Risalah ringkas ini diharap dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, Insya’Allah..

14-Hukum Semasa Beli Emas Ansuran- PDF

05 – Hukum Emas-Perak-Suasa-PDF

Risalah Kedua: Hukum Jual Beli Emas & Perak secara Ansuran dan Hukum Tukar Emas lama dengan yang Baru Trade ‘in’.

Muqaddimah; Persoalan halal dan haram dalam kehidupan adalah suatu perkara yang penting, kerana ia melibatkan dosa dan pahala. Oleh itu sebelum melakukan atau menggunakan sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya, hendaklah dirujuk kepada alim-ulama’ atau ustaz yang boleh dipercayai dengan dibawa dalil-dalil serta nas yang sahih.

Penggunaan emas dan perak samada dalam bentuk perhiasan yang dipakai ataupun penggunaan bekas (makanan dan minumam) sering menjadi kekeliruan dikalangan umat Islam hari ini. Apakah ianya dalam bentuk umum untuk semua atau khas untuk lelaki atau perempuan sahaja.

Sebagai contoh orang lelaki memakai rantai leher atau gelang tangan; kedua-duanya adalah pakaian orang perempuan. Rasulullah saw pernah mengumumkan, bahawa wanita dilarang memakai pakaian lelaki dan lelaki dilarang memakai pakaian wanita. Disamping itu Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Termasuk diantaranya, ialah tentang tutur katanya, gerak gerinya, cara berjalannya, pakaiannya dan sebagainya. [Lihat: Al-Halal  wa  Al-Haram, m/s:  78]

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

x

Check Also

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH (HUDUD)

Sepatah kata Abu Anas Madani: Syariah Islam adalah suatu perundangan yang Allah ...